
Kata-kata d blog Cikgu Fauziah a.k.a. Kak G
"Sahabat adalah insan yang sedia berkongsi suka duka dalam kehidupan. Semuanya menjadi kenangan yang terindah dalam hidup ibarat pelangi yang hadir selepas hujan. Walau bumi dibasahi namun pelangi tetap setia mewarnai bumi."
Fini memula dahulu mmg x minat berblog di Blogger.com ini. Mendaftar dah lama sejak zaman belajar dulu, Fini lebih suka berblog d Friendster. Agaknya sikap Fini juga, kalau dah familiar, selesa dgn sesuatu, untuk mencuba sesuatu yang baru itu bukanlah suatu priority dalam diri. Itu kelemahan sebenarnya, kan? Erm, blog Kak G ni pun Fini pernah menjengah tapi sekali jengah sebab masa tu sibuk nak cari contoh worksheet dan kebetulan dr enjin carian Google terdapat link ke blog Kak G. Mungkin pd ketika itu, hati ini...erm, belum jodoh Fini nk kenal dgn Kak G, masa pun berlalu. Sehinggalah suatu hari, Fini terasa yang perlu sgt bg Fini utk ada tempat bercerita dan bertukar-tukar pandangan, pengalaman dalam mengajar kelas pemulihan. Jadi, mcm biasa dr enjin carian Google juga, Fini terjengah ke blog Putra745 - Cerita Dari Belantara (keyword : pemulihan khas). Dari salah satu post d CDB tentang kehadiran guru GSTT Pemulihan Khas ke SKT, iaitu Cikgu Romi. Dari CDB, Fini dpt kawan bru yang tak lokek pengalaman dan banyak celoteh tentang kehidupan seharian sebagai seorang guru - Cikgu Shahril atau Cikgu Saril.

Dari situ, Fini semakin rajin nak jenguk blog lain dan mcm tu la kisahnya dpt link ke blog Kak G buat kali ke2... Jodoh kita berpusing-pusing, Kak G. Seronok dpt kenal dgn akak yang tak kedekut ilmu, celoteh dan pengalaman yang membuatkan Fini rasa bersyukur sangat yang masih ada manusia yang willing nk share something tanpa mengharapkan apa-apa balasan atau intention tertentu. Kebetulan juga anniversary akak sama tarikh dgn my birth date.
Erm, begitu jua dgn rakan2 di Forum AdikBijak.com yang suatu ketika dulu Fini aktif di sana. Namun, tak semua faham apa yang kita lakukan, kongsikan dll. Betul, kita tak boleh percaya sgt pd org, tetapi Fini yakin selagi kita berbuat baik, insyaAllah kita akan ditemukan dengan orang yang baik juga utk bersahabat dgn kita. Jika sebaliknya, fikirkan akan hikmah di sebaliknya. Fini tujukan pernyataan ini utk orang yang Fini sayang. Kenapa tak cuba faham Fini? Tak bermakna sekali terjatuh akan sentiasa terjatuh, kan? Dan Fini tau dan pasti yang dia tak kan pernah tau tentang ini, tapi Fini tak kisah. Fini tetap sayang dia...sebab dia selamanya akan sayang Fini walau pun banyak sgt kelemahan diri ini. Bisakah Fini berubah? InsyaAllah.
Alamak, dh tersasar dr tujuan asal...Sorry Kak G, terima kasih for your post about me. Harapnya kekal berhubung dan perkenalan ini membawa manfaat ke atas satu sama lain hendaknya.









2 comments:
Assalamualaikum. Aduhai terharunya dapat komentar dari Fini. Jangan puji sangat dik oi. Akak ni biasa je. Memang suka menyembang pun. Besa la guru prasekolah. Suka sangat jumpa teman baru. Bila sealiran kerja ni mmg byk nak share. At least leh luahkan rasa tensen. Leh cite apa je pasal sekolah.
Akak buat blog pun sekadar suka2. Just nak baca apa pendapat orang lain. Semoga persahabatan ini berkekalan. Akak seronok sgt sb melalui blog ni juga akak leh tambah income. Hehehe ...
Ye, betul tu Kak G, leh share banyak perkara dan luahkan perasaan.
Post a Comment